Terma, Syarat & Polisi

Berikut disenaraikan terma, syarat dan penggunaan untuk "Ebook Panduan Percetakan Cara Mudah". Dengan membaca terma dan syarat ini, maka anda terikat sepenuhnya terhadap perkara tersebut:

Pihak kami ialah Easypercetakan.com, Ridzuan Jamal, Idzuwanja Trading iaitu pemilik, penerbit dan empunya kepada produk Ebook Panduan Percetakan Cara Mudah, DVD Kit Bantuan Perniagaan dan laman web http://www.easypercetakan.com.

Harga

Harga sebenar untuk Ebook Panduan Percetakan Cara Mudah adalah RM 50.00. Harga untuk pembelian Ebook Panduan Percetakan Cara Mudah bersama-sama dengan DVD Kit Bantuan Perniagaan adalah RM120.00. Pihak kami juga berhak menaikkan harga atau menurunkannya apabila perlu dan bila-bila masa sahaja tanpa sebarang pemberitahuan terlebih dahulu secara umum atau secara langsung.

Ebook Panduan Percetakan Cara Mudah boleh dibeli secara berasingan tanpa DVD Kit Bantuan Perniagaan pada harga RM50.00. DVD Kit Bantuan tidak dijual secara berasingan dan hanya boleh mendapatkannya dengan pembelian bersama Ebook Panduan Percetakan Cara Mudah sahaja.

Pembelian dan Pembayaran

Urusan urusniaga hanyalah melalui laman web sahaja. Pembeli hanya boleh membuat pembelian melalui laman web http://www.easypercetakan.com sahaja. Pembeli mesti mengikut langkah-langkah seperti yang ditunjukkan pada laman web.

Pembelian dibuat dengan membuat pembayaran ke akaun bank seperti yang dipaparkan pada laman web (CIMB, Maybank dan Bank Islam). Pembayaran juga boleh dilakukan melalui akaun Paypal yang disediakan. Pembayaran boleh dibuat samada secara bank transfer, cash deposit, online transfer atau melalui kad kredit.

Pembeli perlu mengisi borang pesanan yang disediakan pada laman web selepas membuat pembayaran. Sila sertakan bersama maklumat pembayaran seperti nombor rujukan transaksi, tarikh dan masa pembayaran dilakukan kedalam ruangan seperti yang disediakan pada borang pesanan.

Sila pastikan anda mengisi semua maklumat yang diminta dengan lengkap tanpa meninggalkan mana-mana ruangan kosong.

Pihak kami hanya akan memproses borang pesanan yang lengkap sahaja. Borang yang tidak lengkap tidak akan diproses. Pihak kami tidak akan bertanggung jawab dengan setiap maklumat yang diisikan dalam borang pesanan salah dan mengalami kecacatan.

Penghantaran

Pihak kami akan membuat penghantaran untuk setiap pembelian yang disahkan ke alamat seperti yang diisi pada borang pembelian. Penghantaran akan menggunakan servis dari Pos Malaysia Berhad (Pos Laju atau Pos Ekspres).

Pembeli akan menerima nombor rujukan (jika disediakan oleh Pos Malaysia Berhad) melalui email. Segala maklumat penghantaran akan dihantar atau dimaklumkan melalui email seperti yang diisi oleh pembeli melalui borang pembelian.

Pemulangan Wang

Memandangkan produk yang dijual adalah produk digital, pihak kami tidak menyediakan jaminan pemulangan wang. Produk yang sudahpun dibeli tidak boleh ditukar atau dikembalikan atau digantikan dengan wang.

Pihak kami tidak mengetahui apa yang berlaku setelah produk sampai ke tangan pembeli. Pembeli mungkin boleh menyalin ke hard-disk atau mana-mana tempat penyimpanan data. Ini menyukarkan pihak kami untuk memastikan produk dapat dikembalikan atau tidak.

Namun begitu, pihak kami bertanggung jawab untuk menggantikan kepada produk baru sekiranya produk yang dibeli atau produk yang sampai ke tangan pembeli rosak atau mengalami masalah.

Pembeli boleh terus menghubungi pihak kami untuk mendapatkan ganti produk yang rosak atau bermasalah tersebut.

Pengecualian Tuntutan

Jika produk yang dijual dari laman web http://www.easypercetakan.com ini mengandungi risiko (unsur-unsur yang meragukan, membahayakan pihak pembeli dan orang ramai), maka kesemua syarat di atas akan terbatal dengan sendirinya. Pihak kami akan memulangkan kesemua wang bayaran beserta dengan permohonan maaf secara menerusi email, dengan syarat JIKA pihak pembeli berjaya membuktikan perkara-perkara tersebut.

Hak Privasi Pelanggan

Maklumat pelanggan atau pembeli adalah sulit dan terpelihara. Pihak kami tidak akan dedahkan sebarang maklumat kepada pihak ketiga dengan apa jua cara pun. Ini termasuk nama pelanggan atau pembeli, nombor telefon, alamat, alamat email serta maklumat-maklumat lain.

Download Link

Download Link untuk Ebook Panduan Percetakan Cara Mudah mestilah dirahsiakan dan hanya 'milik' pelanggan atau pembeli sahaja. Jika pihak kami dapati anda mengedarkan link download, kami akan bertindak tegas.

Laporkan kepada pihak kami seandainya berlaku apa-apa masalah semasa melakukan proses download.Segala statistik seperti bilangan muat-turun yang anda lakukan akan kami simpan sebagai rujukan. Ini bertujuan untuk melindungi hak dan keselamatan produk keluaran pihak kami.

Penafian

Ebook ini tidak boleh dianggap memberikan profesional seperti konsultasi, perundangan mahupun perakaunan kepada para pembaca. Sila dapatkan khidmat ahli professional yang bertauliah sekiranya anda memerlukan segala bantuan dan pakar dalam bidang berkaitan.

Harus diingatkan, penerangan yang diberikan dalam ebook ini berdasarkan pengalaman, kajian dan temuramah individu. Penulis sama sekali TIDAK AKAN bertanggungjawab atas sebarang masalah / kesilapan / kesalahan maklumat, atau risiko (peribadi atau tidak) yang berlaku semasa mengaplikasikan ebook ini.

Tips dan Teknik yang disebut di dalam ebook ini berkemungkinan tidak sesuai untuk setiap individu.
Segala usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan maklumat di dalam ebook ini ketika penulisan, namun begitu harus diingatkan, dengan kepesatan teknologi, informasi biasanya selalu bertukar dengan cepat dan berisiko. Oleh itu, sesetengah dari maklumat yang ada di dalam buku ini mungkin sudah tidak tepat ketika anda membacanya.

Tidak ada jaminan yang diperakukan bahawa maklumat yang terkandung di dalam buku panduan ini adalah tepat dan lengkap. Pengarang merangkap penerbit, “Panduan Beli Ebook” dengan ini secara khususnya tidak bertanggungjawab atas apa-apa risiko, kehilangan, liabiliti, sama ada secara peribadi atau tidak, yang berlaku akibat penggunaan dan aplikasi kandungan buku panduan ini, secara langsung atau tidak langsung.

Segala maklumat yang diberikan dalam pakej ebook ini ada yang boleh dikongsi, diedarkan secara umum, dan ada yang tidak boleh dikongsi, dicetak atau diedarkan dengan apa tujuan sekalipun.
Anda dinasihatkan untuk membaca semua bahan-bahan yang ada, mengaplikasikannya, dengan bersungguh dan serius mengenai perkara yang dibincangkan.

Dengan belian produk dari laman web http://www.easypercetakan.com, anda tersekat oleh syarat-syarat yang dinyatakan di atas.